Syukur Alhamdulillah , akhirnya terlaksana juga hasrat pihak sekolah untuk meletakkan nama sekolah ini pada ruang siber . Kehadiran Hompej Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher bukan hanya setakat untuk menambahkan satu lagi tapak web yang ada kerana selain dari menyediakan maklumat terkini berkenaan sekolah ini , kita turut meyediakan beberapa lokasi yang boleh memberi munafaat kepada warga sekolah ini tetapi juga kepada pelajar dan warga pendidik yang lain .

Ruangan Maher Bestari misalnya mengandungi bahan-bahan pembelajaran yang dibina dan dikumpulan oleh guru-guru sekolah ini . Rujuklah Panduan Pelawat untuk untuk menggunakan tapak web ini dengan sebaik-baiknya.

Kepada semua warga Maher sama ada yang masih belajar atau pun telah tamat persekolahan diharap dapat menggunakan hompej ini untuk mengikuti perkembangan sekolah ini .

"Maher Terus Gemilang "